Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei berkata bahawa kesejahteraan ekonomi di negara hanya mampu dicapai jikalau pihak terbabit berjaya mewujudkan situasi aman dan kondusif di dalam masyarakat bagi kegiatan ekonomi.
Selepas menyampaikan poin tersebut, beliau menyeru pasukan polis negara untuk melawan semua faktor yang menjejaskan keselamatan negara, termasuk jenayah penyeludupan.
Ayatollah Khamenei membuat kenyataan itu di dalam sebuah pertemuan dengan sekumpulan pegawai pemerintah Pasukan Penguatkuasaan Undang-undang Iran di Tehran pada hari Ahad lepas.
Dengan mengambil kira bahawa motto Tahun Baru Iran pada tahun ini adalah "kemakmuran ekonomi," beliau berkata bahawa penguatkuasaan undang-undang memainkan peranan penting dalam merealisasikan matlamat itu melalui usaha memerangi jenayah penyeludupan dan meningkatkan keamanan di ruang siber.
"Pasukan Penguatkuasaan Undang-Undang mesti melancarkan perjuangan dengan serius terhadap penyeludupan dan juga pihak yang cuba mewujudkan mengganggu keamanan dunia siber," kata peimpin tersbut.
Ayatollah Khamenei menekankan bahawa usaha mewujudkan keamanan dan keselamatan adalah syarat penting yang perlu untuk memacu kemakmuran ekonomi dengan mengatakan, "Penyeludupan adalah halangan untuk merealisasikan [tujuan] meningkatkan pengeluaran domestik." -Press TV
28 April 2019 - 14:59
News ID: 938756
Pemimpin Revolusi Islam Iran, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei berkata bahawa kesejahteraan ekonomi di negara hanya mampu dicapai jikalau pihak terbabit berjaya mewujudkan situasi aman dan kondusif di dalam masyarakat bagi kegiatan ekonomi.